Setelah diatur kembali maka berlakulah seperti mana yang telah berlaku. Kesemua yg mengambil bahagian membuat sembah lela, selepas itu persembahan senjata dilakukan sekali gus dengan tuai padi. Setiap sepasang pesilat bermain Kerambit, Tembong, Parang dan penampilan sulung pesilat memainkan Tumbuk Lada. 4 org pesilat mempersembahkan permainan TUAI PADI tangan kosong, dan seorang mempersembahkan SOLO TEKPI. Walaupun latihan silat hanya berlansung dalam masa yang singkat (~ 5 hari) tapi pesilat dapat mempamirkan persembahan yang baik.
Tetapi malangnya rakaman video untuk persembahan tuai padi, permainan senjata parang & tembong mengalami masalah teknikal. Berikut adalah gambar2 yang diambil sebelum dan semasa persembahan. Terima kasih juga diucapkan kepada Faez Izwan kerana sudi membantu dan memberi bimbingan kepada pesilat2. Tahniah semua,
Serikandi Sendeng BRASS
Persiapan sebelum memulakan persembahan.
Gambar-gambar Sembah Lela
Solo Tekpi
Tumbuk Lada
Kerambit
Pesilat Parang yang dah menyelesaikan persembahan.